Category Archives: Uncategorized

Kisah semut dan belalang

Cita A Bug’s Life (1998) dari Pixar-Disney penuh dengan pengajaran dan hikmah. Ya cita yang Laksamana nangga waktu kecik dolok, dan baruk-baruk tuk Laksamana tangga balit. Siyes nang enjoy dan menghiburkan. Penuh dengan adegan lawak terutamanya puns (paronomasia). Time kecik dolok belum faham English, bila dah besar tuk, baruk faham elemen-elemen jenaka ya.

Ringkasan

Mengisahkan tentang Flik, seekor semut yang bijak dan berani. Nya banyak idea yang bernas dan ciptaan yang bermanfaat untuk koloninya, walaupun koloni nya sik menerima idea2 nya. Sidak ialah kaum yang dijajah oleh bangsa belalang, dan sidak terpaksa berempas pulas ngumpul makanan pake santapan dak belalang, kononnya dak belalang menjanjikan perlindungan kepada sidak semut.

Flik molah kesilapan besar di atas insiden hilangnya makanan yang dikumpul untuk belalang, dan belalang memaksa semut untuk kumpul sekali gik. Ratu semut akur, dan pada masa yang sama ingin Flik meninggalkan koloni semut supaya sikda gik masalah yang akan timbul oleh Flik. Tapi Flik ada idea besar untuk membantu koloni semutnya yang bertujuan untuk membebaskan kaum nya dari ditindas oleh belalang.

Flik merantau dan terjumpa sekumpulan serangga circus. Flik yakin dengan kekuatan dan kebolehan kawan-kawan baru nya tuk dan ngembak sidak tuk pulang ke koloni semut. Pendek cerita, dengan macam2 isu yang timbul, geng2 baru nya bersama dengan koloni semut, dan idea Flik yang bijak (guna burung palsu untuk menakutkan bangsa belalang), semut2 bersatu dan berjaya mengalahkan belalang.

Hikmah-hikmah dari cerita tuk

1. Kita kuat apabila bersatu

Memetik kata-kata Hopper, ketua belalang:

You let one ant stood up to us, then they all might stand up.

Those puny little ants outnumber us a hunred to one, and if they ever figure that out, there goes our way of life! It’s not about food. It’s about keeping those ants in line

2. Pemimpin perlu berdamping dengan orang bijak, berani dan jujur

Dalam konteks negara kita: bijak dan berani adalah ciri-ciri yang wajib ada pada para menteri dan penasihat kepada seorang pemimpin.

Memang semestinya pemimpin mesti bijak dan berani, tapi pendamping/penasihat/menteri nya pun mesti bijak dan berani juak. Jangan hanya kerana YB ya hebat berkelaka, alu diangkat jadi menteri. Situasi yang sama dalam mana-mana organisasi: Bos perlu ada ciri-ciri kewibawaan, tapi orang-orang kanan nya wajib ada ciri-ciri bijak dan berani, dan jujur.

Flik selalu berkomunikasi dengan Puteri Atta dalam menyelesaikan hal-hal pentadbiran koloni. Walaupun pada awalnya Flik dan ideanya sik diterima, tapi berkat kejujuran dan keikhlasan Flik, Puteri Atta mula nampak manfaat dan usaha Flik. Flik seorang yang bijak dan banyak molah invention, dan idea Flik telah menyelamatkan koloni semut dari penindasan belalang.

Akhir kata

Sebenarnya ada banyak gik hikmah dan pengajaran dari cita tuk. Laksamana petik elemen yang bersangkut paut dengan politik, kerana bagi Laksamana, negara kita masih ada masalah penindasan, dari luar dan dari dalam. Bukan setakat ya jak, para menteri dan YB kita pun terlalu banyak yang hanya pande kelaka tapi sebenarnya sik pande apa-apa, dan ada yang ingin jadi YB atas dasar dendam politik (bukannya ikhlas nak membantu rakyat) dan fikir keuntungan dirik jak.

Sik faham konteks

Orang yang pande drive keta manual, gerenti pande drive keta auto.

Tapi orang yang cuma pande drive keta auto, sik pande drive keta manual.

Apahal macam ya?

1. Jawapan pendek: Sidak sik faham konteks
2. Jawapan panjang: Untuk ngembak keta manual, kita mesti kawal clutch dan gear. Sewaktu pertukaran gear, clutch akan pegang output enjin sementara nunggu gear masuk. Kita yang mesti pilih bila waktu nak aktifkan clutch, dan bila nak lepaskan clutch balit. Gear hanya dapat bertukar sewaktu clutch pegang output dari enjin sebab enjin memang sik akan stop bepusin. Dalam keta auto, semua proses tadik dah dipermudahkan dan fix. Sikda gik clutch (enjin auto akan uruskan clutch). Keta auto akan kedirik nambah gear atau nurun gear ikut rule yang dah di set.

Hanya orang yang faham konteks keta manual dapat drive keta auto.

Kita bukan bodo

Okay, memang ada manusia yang bodoh, dari segi biologi dan dari segi ceteknya ilmu.

Mun setakat bodoh disebabkan cetek ilmu, penawarnya ialah tambahkan ilmu.

Ilmu akan memberi kefahaman terhadap sesuatu atau permasalahan. Tapi sik semua ilmu adalah setaraf. Ada ilmu yang sangat zahir dan mudah. 1 + 1 dapat 2.

Tapi ada ilmu yang tersembunyi, seperti tersembunyi di masa lalu atau disebalik perkara yang normal.

Ya lah nama nya konteks

Mun kita sik tauk konteks, kita sik akan faham kebanyakan perkara, sekalipun perkara ya normal.

Konteks bukan Perspektif

Perspektif bermaksud Point of View – sudut pandang sesuatu perkara. Ada orang fikir mun kerajaan cukaikan barang yang dibeli online adalah sesuatu yang bagus sebab boleh bantu penjual tempatan mendapat market share. Tapi perspektif pada sesetengah orang yang lain ialah, mencukaikan barang online hanya akan menggalakkan penjual tempatan ngambik kesempatan naitkan harga.

Sigek ni betul? Boleh jadi duak-duak perspektif ya betul (atau duak-duak salah). Perspektif ada banyak arah – ada yang tepat, ada yang serong. Hanya jauhari yang mengenal manikam.

Konteks cuma wujud dalam satu versi, dan hadir dalam bentuk fakta, budaya, sejarah dan

Generasi baru sik pernah nangga disket (floppy disc). Mun sidak make software dan tekan Save, mesti sidak sik tauk apa simbol disket dan kenak simbol ya dipake. Gini-gini pun perspektif dipake, selagi sidak sik faham konteks barang-barang komputer yang lamak, sidak sik akan faham apa kaitan “save” dan “disket”.

Cara terbaik untuk ajar sesuatu ilmu

Mulakan dengan mengajar masalah dan berik gambaran betapa susahnya kehidupan apabila masalah ya wujud. Tuk kita sebut sebagai konteks.

Lepas ya, baruk kita ajar ilmu solution, teknologi, teknik, penjelasan, evolusi, lifehack dan sebagainya…

Contoh mudah (mok ajar orang guna Canva):
Dolok, mun nak molah design untuk kad atau poster, kita terpaksa pake Photoshop. Semua mesti atur kedirik – font, warna, tema, format, saiz…

Jadi untuk memudahkan dan mempercepatkan kerja, kita boleh guna Canva. Semua dah disedia, font, color, saiz boleh pilih, stok gambar pun banyak yang percuma dan berkualiti…

*kebanyakan orang senang tangkap Canva sebab rata-rata sidak dolok pernah berkecimpung mendesign-design barang, hatta buruk-buruk hasil sekalipun, tapi sidak faham asas dan peritnya mendesign

Carilah konteks

Konteks adalah sangat penting untuk kita memahami sesuatu. Setiap aspek kehidupan kita ada konteks yang tersembunyi, dan camya juaklah kehidupan orang lain, budaya orang lain, negara orang lain, agama orang lain, undang-undang orang lain.

Konteks penting dalam hujah. Tuduhan-tuduhan jahat terhadap Islam dapat ditangkis dengan menggunakan konteks. Ayat-ayat suci al-Quran ada konteks tersendiri kerana setiap ayat turun dengan bersebab.

Begin with what you have in hand

Negara-negara maju dan bisnes-bisnes besar ada satu persamaan – sidak adalah creator.

Sidak menguasai penghasilan sesuatu yang baru (innovation) dan menguasai pengeluaran besar-besaran (mass production). Dalam post kali tuk, tuk lah yang Laksamana maksudkan sebagai creator – pihak yang create something. Pihak yang memanfaatkan apa yang di create, adalah consumer.

Orang yang berada di kedudukan creator adalah lebih baik dari orang yang hanya consumer.

Dunia moden kinek tuk boleh dipandang sebagai zaman berlumba untuk create something, innovate something, mass produce something, sebab ya adalah cara untuk menang dan maju. Sikda satu pun negara atau kompeni boleh menjuarai persaingan alaf kinek tuk dengan cara consume paling banyak.

US dan China

Dua negara ekonomi terbesar adalah creator dan mass producer.

Negara macam Malaysia boleh dianggap sebagai negara consumer – yes, memang kita ada gas asli, minyak sawit. getah..

Dunia bergantung harap pada US dan China dalam inovasi, teknologi dan penghasilan barang. Gini gini pun kita berbangga dengan minyak, getah dan sawit, ekonomi kita tetap di bawah simpati dak-dak creator. Teknologi cloud dan revolusi industri 4.0 pun kita berharap kepada sidak dan konco-konco sidak, walau gini gini pun pemimpin tekiak kaong madah mok molah tuk mok molah ya. Ekonomi kita bukan kita yang pegang. Kita cuma tumpang ekonomi orang.

Duduk dan berdiri sebagai creator

Selagi kita berstatus consumer, kita sik akan maju. Skala tuk termasuk ekonomi negara dan bisnes. The only way to actually gain control of the economy is by creating and mass produce.

Kelaka nang senang. Apa yang kita dapat create? Betul ke sik teori camya? Maok ke sik orang pake apa yang kita create?

Pertama sekali, orang kita tuk bukan nya sik pande create apa-apa, bukan sik kreatif. Orang kita ada yang genius. Mun nak start funding, orang kita pun sebenarnya tauk juak camni nak mintak bajet.

KIta ada 2 masalah:

  1. Orang yang menentang adalah lebih banyak dari orang yang maok
  2. Kita sikmok bermula dari benda-benda yang kecil-kecilan

Memang kita perlu mula dari bawah. Mun kita nak terus create processor komputer macam Intel, AMD, memang sik dapat. Benda ya dah terlalu kompleks dan besar. Betapa banyak kajian dan percubaan dah dicurah. Jangan kita terus aim mok create benda yang setanding.

Kita perlu mula dari bawah.

Kita perlu mula dari apa yang kita ada, dari apa yang kita dapat.

Begin with what we have in hand.

Pengkritik sentiasa ada

There’s nothing you can do about them. Walaupun kita dah berada di kedudukan creator dan berjaya kelak, tetap akan ada pengkritik dari kiri, kanan, depan dan belakang.

Kata-kata sidak memang tetap sama – jangan bermimpi, jangan sembang, sedar diri ilmu sik cukup…

Tapi kita jangan makan kata-kata sidak.

Mun kita sik dapat bergerak secara satu negara, kita cuba bergerak sendirian secara satu negeri. Mun kita sik dapat bergerak sebagai satu negeri, kita cuba bergerak sendirian sebagai satu kumpulan. Mun dah banyak ya jak tubuh yang kita ada, teruskan bergerak. Semua kompeni besar-besar mula dari kecik – Apple, Google, Amazon, Facebook,…

Sik mustahil untuk kita ada creation dan mass production kita dikpun yang dapat compete dengan creator luar negara – contoh macam operating system, software, animasi, senjata dan sistem pertahanan moden, industri makanan, universiti dan kajian-kajian saintifik, teknologi perubatan,…

Lebih baik bermula dari sik bermula langsung, dan bermula dengan apa yang ada di tangan.

Apabila perkara yang benar sik dipeduli agik

Kita sik takut mun kuasa-kuasa besar bebulak dan napok perkara yang benar. Yang kita takut ialah bila kuasa-kuasa besar dah sik lalek gik untuk napok perkara benar.

“truth is the first casualty of war”

Kinek tuk, mun ada orang nak berungkit kerajaan sapa dolok yang mula-mula bertapak, tunjuk jak peta tuk:

  1. Palestin dah wujud sezaman kerajaan Israel (lebih kurang 900 BC)
  2. Palestin sik betapak atas Israel, dan Israel sik betapak atas Palestin
  3. Tapi hari tuk, Israel dah ngambik majoriti tanah Palestin

Mun malas baca buku sejarah, benda masih boleh Google.

Segelintir orang di Harmoniland nyokong penjajah dan orang yang menentang penjajah dianggap pengganas. Mun pia Mat Kilau pun pengganas juak lah?

Tapi sikhal, kebenaran masih boleh diakses walaupun banyak cubaan kuasa-kuasa besar menyekat dan memanipulasi tafsiran fakta. Kita sebagai orang biasa tetap tolong termampu, teruskan boikot dan menyebar kebenaran. Mudahan sidak yang di kedudukan berpengaruh pun buat semampu juak.

Sampe satu tahap kelak, orang sik kisah dengan kebenaran agik. Waktu ya kuasa-kuasa besar dah berehat dari menyembunyikan kebenaran. Sapa nak bercakap benar pun takut sebab macam dah sekda guna. Waktu ya Raja Pembulak jadi kuasa besar.

[ entri tuk ditulis sewaktu konflik Palestin-Israel Oktober 2023 sedang berlaku. Laksamana merati segenlintir perangei urang Harmoniland di media sosial dan IRL menyokong Israel. Laksamana menyokong Palestin dan Hamas. Laksamana memusuhi Israel dan Zionis ]

Mun mok oleh kerja bagus, diam di poskod yang bagus

SELECT * kerja WHERE gaji=”besar”

Lahir di 96000, diam di 96000, keja di 96000.

Lain tempat lain taraf kemajuannya. Tempat yang maju macam bandaraya ada banyak peluang kerja dan kerja yang bagus-bagus.

Jawatan taraf pengurus ngan pengarah memang tauk bertempat di bandar-bandar besar. Opis HQ dak2 kompeni besar biasanya memang di Kuching atau KL.

Gini gini pun, konsep nya tetap macam ya. Ya adalah lumrah dan sifat job market (pasaran kerja).

Mun kita lahir dan diam di poskod2 yang kurang pembangunan, kita perlu faham bahawa sikkan ada atau sik banyak di sia peluang kerja yang digambarkan bagus dan tinggi macam dak2 executive, manager, penolong pengurus besar kanan… Mun mok kerja berkaitan programming, banyak vacancy di 63000 (Cyberjaya) berbanding 77572 (Belaga).

Mun mok peluang kerja yang bagus, diam di tempat poskod2 yang bagus.

Tapi ingatlah, rezeki adalah aturan Yang Maha Pemberi Rezeki. Kita berusaha selagik tekaber.

6 tanggungjawab orang beriman terhadap Rasullullah

Dipetik dari ceramah Ustaz Wan Ahmad Faisal pada 9 Oktober 2023 di Masjid Al-Muhajirin, Kampung Usahajaya Baru, Sibu. Mun ada apa-apa kesilapan pada tulisan kamek tuk, sila maklumkan. Terima kasih.

1. Mengenali Nabi Muhammad SAW

Umat Islam wajib mengenali Baginda Rasulullah, dari sudut keperibadiannya, ciri-ciri fizikal nya

2. Mengetahui Sirah Nabi Muhammad SAW

Kita wajib tauk nama penuh nya, salasilah keturunan nya, bila nya lahir, bila nya meninggal, siapa keluarga nya, siapa sahabat2 nya, siapa musuh2 nya, siapa anak2 dan cucu2 dan segala sejarah nya.

3. Mengikuti Sunnah Nabi Muhammad SAW

Sebagai umat Baginda, kita wajib tauk dan mencontohi sunnah nya. Nabi Muhammad ialah contoh manusia yang terbaik, cemerlang dan paling selamat dalam kehidupan, jadi lifestyle dan akhlak nya adalah wajar diikut.

4. Mengingati Nabi Muhammad SAW

Berselawat adalah salah satu cara untuk mengingati Nabi, bahkan dianjurkan dan ada ganjaran. Kita mesti ingat kepada nya kerana pengorbanan dan kasih sayang nya kepada kita adalah sangat tinggi. Bahkan Nabi sendiri sebenarnya rindu kepada kita walaupun kita dan nya sik pernah bertemu.

5. Mempertahankan Nabi Muhammad SAW

Dari awal hayat Baginda sampe selepas kewafatan nya, ada jak2 orang yang membenci nya dan bertindak untuk menyakitinya dan menghinanya, sedangkan apa yang dibawa Nabi adalah perkara kebaikan, keselamatan dan keadilan. Walaupun Nabi dah sekda, kita tetap wajib melindungi nya dari segala keburukan dan fitnah. Ya adalah salah satu bukti kita sayang dan beriman kepada nya.

6. Memahami ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW

Tuk ialah tanggungjawab yang paling penting dan utama berbanding semua di atas, mun disusun mengikut keutamaan. Tuk ialah tujuan Nabi diutuskan kepada manusia dan seluruh alam. Apa guna mun kita lantang berselawat tapi membelakangkan syariat nya. Apa guna berpakaian seperti nya tapi tinggal solat 5 waktu. Apa guna mun kita hafal nama nya tapi Al-Quran sik dibaca.

Semoga tulisan tuk menjadi iktibar dan pembakar semangat untuk kita menambahkan cinta terhadap Nabi di samping berusaha untuk mempelajari agama yang telah disampaikan oleh Baginda SAW. Terima kasih kepada Ustaz Wan Ahmad Faizal. Mun ada kesilapan dalam post tuk mohon teguran. Kamek sik sempat rakam audio ceramah jadi semua teks tuk ditulis berdasarkan apa yang didengar dan difaham sewaktu ceramah.

Polah banyak-banyak. Gerenti makin bagus.

Diceritakan dalam buku Atomic Habits: sorang Professor jurusan fotografi mok berik assignment ngan student2 nya. Assigment nya ialah ambik gambar.

Nya pecah student nya kepada dua kumpulan, A dan B.

Group A disuruh ambik dan hantar sebanyak-banyak gambar yang boleh (makin banyak, makin besar markah). Group B disuruh hantar sigek jak gambar, tapi mesti sebagus-bagus gambar yang boleh (markah besar mun gambar bagus).

Akhir assignment, profesor ya perasan bahawa kebanyakan gambar yang bagus datang dari group A – group yang disuruh hantar banyak gambar.

Group yang disuruh ambik gambar banyak2 tek molah banyak trial-and-error, ulang banyak kali, sempat bereskperimen teknik2, belajar dari kesilapan dan hasilnya ialah kemahiran sidak dan kualiti kerja semakin meningkat.

Group yang disuruh hantar sigek jak gambar tek mestilah pulun juak untuk ngoleh 1 gambar yang terbaik, tapi mungkin terlalu mikir gilak pasal kesempurnaan, banyak mengkaji teori fotografi yang belum tentu bagus, tapi last-last sekda penambahbaikan pada kemahiran yang diperlukan untuk hasilkan gambar yang terbaik.

Bak kata Chou, “knowing is not enough, we must apply”

Bila ada ilmu dan kemahiran, hatta seciput, cuba polah terus. Polah banyak kali.

Sik kira lah apa pun bidang ya – fotografi, memasak, video editing, membaiki kereta, belajar bahasa asing, berniaga, main game, mengaji Al-Quran… bila dipolah banyak kali, kita gerenti makin pande dan improve.

It works both ways. Amalan negatif mun dipolah banyak kali pun sama juak boleh molah kita “makin menjadi”.

Rujukan
1. Buku Atomic Habits, karangan James Clear, chapter 11, mukasurat 141-142
2. Chou, karekter fiksyen dari game Mobile Legends Bang Bang

Exposure is precious. Early exposure is even more precious.

Given between material possession and equivalent valuable experience, which one is more important?

Would you prefer iPhone 15 full accessories OR all-paid expenses to visit Mecca on Hajj pilgrimage?

The answer varies from person to person, and there’s no wrong answer as well. I on the other hand, would rather choose getting the experience.

At 21, Khairul Aming got his first DSLR camera to pursue immense interest in photography. He is awarded Creator of The Year, TikTok Awards Malaysia 2023. Noh Salleh started out as studio assistant before becoming successful musicians. Former Prime Minister Najib Razak is the son of late Prime Minister Tun Razak. When Laksamana Cheng Ho was a young boy, he was captured by the army general, placed to serve in the palace, directly under the Emperor. He became the greatest Admiral in Chinese history. Many great hackers tinkered with computers at a very young age – I know because my good friend is one of such.

You heard many stories like these: Young people started out from bottom and grew to became great figure and widely known. But where/how they started is the main interest here. In other words, what early exposure they had?

Success is not only about hard work

I know success is hard. I apologize in advance if I oversimplify or underrate the meaning of success to you. Not only success requires hard work, but…

Everyone can become successful, if according to this formula:

education + early exposure = success

The prime reason why we send children to school at young age is because we want to give them both of the above: early exposure to valuable experiences and basic knowledge.

The Chinese send their youngs to rigorous formal schooling and tuitions, almost often very strict about it. The Malays, especially in rural areas, send their children to mengaji (learning to read Quran). MRSM Kuching organized visit to UNIMAS Faculty of Medicine & Health Science for their Form 5 students.

The pattern is always the same in many cultures and society – exposing the young generation early on to skills/experiences they deem as important.

“melentur buluh biarlah dari rebungnya”

Malay proverb
English equivalent to “strike while the iron is hot”

Never underestimate the power of early exposure.

If you were to choose between experience and material possession, consider getting the experience. Exposure will give you the confidence and good confidence is one of the traits of successful people.

Warning: early exposure to bad things works too. Beware what you expose your children with.

Renak rupa gaya! The danger of looking “selekeh” (based on personal experience)

Penampilan adalah perkara yang paling penting dalam dunia biologi dan bisnes, (and even dalam Islam).

Mun kita carik pasangan, kita mesti nangga rupa nya dolok. Mun hodoh dan gemuk, kita automatik reject.

Mun kita mok beli kereta, kita mesti nangga rekaan nya dan kaler nya dolok. Kelajuan and keselamatan dudi kita mikir. Hatta meli keta ekonomi macam Axia pun kita masih memikirkan kaler apa kacak.

Tapi kenak oh?

Penampilan (appearances) adalah aspek luaran dan material. Walaupun bersifat keduniaan, Islam sik mengenepikan nilai dan manfaat penampilan yang baik. Kitak suka rupa paras yang cantik? suka kulit putih? suka baju lawa? suka senyuman manis? suka bau wangi? semua ya diterima dalam Islam dan ada dalam sunnah Nabi.

Penampilan adalah penting, dan berpenampilan yang renak rupa gaya boleh mengundang bahaya dan masalah. Really?

Dari sudut biologi

Dari sudut pandang biologi, rupa yang cantik dan tubuh badan yang slim adalah penanda aras bahawa seseorang ya sihat, tinggi daya tahan imun dan genetik yang bagus.

Sebagai makhluk pembiak, manusia bergantung harap dengan strategi yang boleh merik manfaat besar dalam memastikan genetik nya berterusan. Untuk memastikan genetik nya berterusan, nya perlu milih pasangan yang ada genetik yang bagus (sihat & berkualiti) supaya bila lahir anak kelak, dapat la membesar, sekda penyakit dan kuat.

Dari sudut bisnes

Mun kita beli kereta, kita mok kereta yang cantik. Mun kereta ya tebik sia situk, cemin kabor, mok kah kita beli? Tanpa kita sedar, kecenderungan kita terhadap kebendaan yang cantik ialah disebabkan default setting psikologi biologi kita yang menganggap “rupa bagus kompem barang bagus” (hakikatnya rupa kereta sik menjamin kualiti).

Sebab ya dalam dunia bisnes, faktor paling besar untuk melariskan barang ialah penampilan dan rekaan produk.

The danger of renak rupa gaya

Laksamana penah berambut panjang dan kusut, pake selipar, masuk ke bank. Belum apa-apa dah kenak tegur kasar-kasar ngan abam polis. Maka sik perlu pun kasar tinggi suara. Laksamana fikir, apahal nya perlu kasar.

Mungkin sebab penampilan Laksamana yang mirip troublemaker (selekeh, beselipar, rambut kusut, muka tinted macam PATI), Abam polis jadi terlebih berwaspada.

Cuba mun pegi interview selekeh, possible ka boleh dapat kerja? Selekeh = malas, antisosial, unintelligent.

Penampilan yang baik adalah sunnah, selagi sik membazir, sik berlebihan, sekda ujub riak dalam menjaga tatarias, dan sik melanggar hukum hakam tertentu. Tapi, jangan juak kita memandang rupa semata-mata. Naluri biologi adalah fitrah dan Islam ialah agama fitrah, tetapi ingatlah, Nabi diutuskan untuk menyempurnakan akhlak, kerana Allah sik pandang rupa kita. Rupa pecah adalah ujian, muka hensem/cantik pun ujian juak. Sik ensem sikpa, janji bersih dan kemas. Jangan selekeh.

Gatekeeper kepada organisasi

Lebih kurang 2 minggu lepas, Laksamana attend interview sebagai software developer. Mun ikut info dalam emel, Laksamana expect akan ada 3 orang dari pihak interviewer.

Bila tiba hari interview, masuk dalam Zoom, turns out cuma sorang jak.

Dan orang ya ialah co-founder kepada company ya.

Nervous nang nervous. Seminggu sebelum interview, Laksamana disuruh polah sigek sistem yang simple, mengikut spec yang sidak maok (mesti ada login, UI, database, caching, live hosting..). Minggu ya juak nang gago, Laksamana polah semadi nadai juak jak gik, sanggup berjaga malam.

Tuk first time Laksamana attend interview yang bersifat pengujian teknikal. Jujurlah madah, Laksamana nang fail. Ilmu dan kemahiran Laksamana dalam bidang software development masih jauh ketinggalan. Statement ya adalah dari ulasan Encik yang interview ya.

Tapi Encik ya nang steady. Very cool. Very friendly. Laksamana rasa selesa bergaul dengan nya. Ilmu dan pengalaman nya pun tinggi. Alhamdulillah dapat jumpa dengan orang yang hebat macam nya. Orang kita juak ya. Laksamana oleh banyak nasihat dan dorongan dari nya.

Selain dari pengalaman berharga, satu perkara yang penting Laksamana nak petik dari tuk ialah istilah “Gatekeeper”.

Mun sesuatu organisasi mok ambik orang-orang yang hebat, maka Gatekeeper mesti main peranan. Bila seorang co-founder/founder menjadi Gatekeeper, nya sik akan biar orang yang sikda kualiti untuk masuk bekerja dalam Company nya. Nya akan jaga “pintu masuk” dan “pintu keluar”.

Mun Gatekeeper sik main peranan, di sia lah selalunya kita akan nampak orang masuk guna kabel, walaupun sekda kualiti, sekda kemahiran, sekda pemande. Ujung-ujung organisasi kita tepu dengan orang-orang yang membebankan pekerja yang berkualiti dan seterusnya membebankan organisasi.