Demos Kratos

Empat remaja pijak Al-Quran (2019)

Lelaki letak vape di mulut bayi 7 bulan (2022)

Provok isu stokin Allah, lelaki dipenjara 6 bulan (2024)

Tokrang pernah dengar kes-kes ya? Ada link kamek engkah di ujung post tuk, pastuk tokrang boleh check.

Duak (2) perkara yang benar mengenai pesalahlaku dalam berita ya:
1. Sidak adalah manusia yang bodoh
2. Sidak berhak untuk mengundi, bakal jadi pengundi, dan mungkin pernah mengundi

Apahal Laksamana sebut pasal “mengundi”?

Start lah nya ya kelaka hal politik…

Tuk bukan kelaka pasal politik. Tuk bukan kelaka nganok orang. Mun Laksamana madah sidak ya bodoh, ya adalah “description” ataupun ciri-ciri yang zahir pada sidak, dan bukan bermaksud untuk menghina sidak atau memuliakan Laksamana. (in this context, “bodoh” is just a description, dan description adalah penting)

Sistem demokrasi kita ada masalah besar.

Sistem Demokrasi

Berasal dari perkataan bahasa Yunani “demos” (people) dan “kratos” (rule). Memang ya idea yang bagus. Banyak negara makei. Rakyat yang mengundi pun rata-rata berpuas hati.

Di Malaysia, kita sebagai “people”/”rakyat” pilih siapa yang akan “rule”, yakni mewakili kawasan setempat, dan orang ya akan bercakap di Dewan, dan mun sidak rami-rami sepakat, kita boleh cipta, ubah atau buang apa-apa undang-undang.

Tapi, sik semua orang layak berbahas di Dewan. Sik semua layak dan pandai dalam hal undang-undang dan sains dan agama dan ekonomi dan pendidikan dan kejuruteraan dan kesihatan. Somehow sidak terpilih hanya kerana majoriti orang pilih sidak. Jangan heran mun dalam kalangan pengundi ya adalah ada golongan manusia yang anti-Islam, ada manusia yang pijak Quran dan letak vape di mulut baby. Bahkan dalam kalangan yang diundi, ada juak yang berfikiran bahawa orang bukan Islam berhak masuk campur urusan Islam, seperti Ngeh Ko Ham (camni la pengundi boleh milih nya tuk).

Masalah demokrasi ialah bukan part “rule”, tetapi part “the people”.

Selagik kita berik kuasa pada orang yang pandai dan ada kredibiliti, maka sekda masalah. Sik kira lah jadi YB Ahli Dewan Rakyat kah, senator Dewan Negara kah, ahli Jawatankuasa penting kah, atau Menteri.

Cuma, ada segelintir orang dapat jadi Menteri sedangkan sik pande dan sik arif dalam bidang yang dipegang. Bahkan, yang sik beradab pun ada juak: Bung Mokhtar sebut f*** you dalam Dewan Rakyat (2018). Mun nya berjaya jadi menteri tegal nya ngepong pangkat ya, nang kita salute lah. Mun nya perangei camya tapi “the people” masih juak undi nya, apa maksud ya?

Kita mok berik kuasa pada yang layak, yang ada kepimpinan, yang bijak, yang terpelajar, dan hampir setiap tempat, pasti ada sorang dua yang menepati ciri-ciri ya. The good thing is, kita mengenali ciri-ciri ya.

Tapi ada orang sik tauk. Suka ati nya mantei jak undi. Diundi nya calon yang anti-Islam, yang liberal, yang rasis – makin-makin bila perasaan dah termakan isu yang selalu diapi-apikan oleh calon, bukan main nya cayak. Mun ada calon yang businessman dan berduit, nya dapat beli undi dari orang bodoh dengan air beer dan duit RM50.

Macam ni kita nak berik kuasa pada yang layak, mun ada orang bodoh diberik hak juak untuk decide?

“Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.”

Surah Al-An’am, ayat 116

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/empat-remaja-pijak-alquran-ditahan-polis-213044

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/08/986162/polis-tahan-lelaki-letak-vape-pada-mulut-bayi

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/03/1226606/lelaki-dipenjara-6-bulan-denda-rm12000-kerana-perolok-isu-stoking

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *