Kisah semut dan belalang

Cita A Bug’s Life (1998) dari Pixar-Disney penuh dengan pengajaran dan hikmah. Ya cita yang Laksamana nangga waktu kecik dolok, dan baruk-baruk tuk Laksamana tangga balit. Siyes nang enjoy dan menghiburkan. Penuh dengan adegan lawak terutamanya puns (paronomasia). Time kecik dolok belum faham English, bila dah besar tuk, baruk faham elemen-elemen jenaka ya.

Ringkasan

Mengisahkan tentang Flik, seekor semut yang bijak dan berani. Nya banyak idea yang bernas dan ciptaan yang bermanfaat untuk koloninya, walaupun koloni nya sik menerima idea2 nya. Sidak ialah kaum yang dijajah oleh bangsa belalang, dan sidak terpaksa berempas pulas ngumpul makanan pake santapan dak belalang, kononnya dak belalang menjanjikan perlindungan kepada sidak semut.

Flik molah kesilapan besar di atas insiden hilangnya makanan yang dikumpul untuk belalang, dan belalang memaksa semut untuk kumpul sekali gik. Ratu semut akur, dan pada masa yang sama ingin Flik meninggalkan koloni semut supaya sikda gik masalah yang akan timbul oleh Flik. Tapi Flik ada idea besar untuk membantu koloni semutnya yang bertujuan untuk membebaskan kaum nya dari ditindas oleh belalang.

Flik merantau dan terjumpa sekumpulan serangga circus. Flik yakin dengan kekuatan dan kebolehan kawan-kawan baru nya tuk dan ngembak sidak tuk pulang ke koloni semut. Pendek cerita, dengan macam2 isu yang timbul, geng2 baru nya bersama dengan koloni semut, dan idea Flik yang bijak (guna burung palsu untuk menakutkan bangsa belalang), semut2 bersatu dan berjaya mengalahkan belalang.

Hikmah-hikmah dari cerita tuk

1. Kita kuat apabila bersatu

Memetik kata-kata Hopper, ketua belalang:

You let one ant stood up to us, then they all might stand up.

Those puny little ants outnumber us a hunred to one, and if they ever figure that out, there goes our way of life! It’s not about food. It’s about keeping those ants in line

2. Pemimpin perlu berdamping dengan orang bijak, berani dan jujur

Dalam konteks negara kita: bijak dan berani adalah ciri-ciri yang wajib ada pada para menteri dan penasihat kepada seorang pemimpin.

Memang semestinya pemimpin mesti bijak dan berani, tapi pendamping/penasihat/menteri nya pun mesti bijak dan berani juak. Jangan hanya kerana YB ya hebat berkelaka, alu diangkat jadi menteri. Situasi yang sama dalam mana-mana organisasi: Bos perlu ada ciri-ciri kewibawaan, tapi orang-orang kanan nya wajib ada ciri-ciri bijak dan berani, dan jujur.

Flik selalu berkomunikasi dengan Puteri Atta dalam menyelesaikan hal-hal pentadbiran koloni. Walaupun pada awalnya Flik dan ideanya sik diterima, tapi berkat kejujuran dan keikhlasan Flik, Puteri Atta mula nampak manfaat dan usaha Flik. Flik seorang yang bijak dan banyak molah invention, dan idea Flik telah menyelamatkan koloni semut dari penindasan belalang.

Akhir kata

Sebenarnya ada banyak gik hikmah dan pengajaran dari cita tuk. Laksamana petik elemen yang bersangkut paut dengan politik, kerana bagi Laksamana, negara kita masih ada masalah penindasan, dari luar dan dari dalam. Bukan setakat ya jak, para menteri dan YB kita pun terlalu banyak yang hanya pande kelaka tapi sebenarnya sik pande apa-apa, dan ada yang ingin jadi YB atas dasar dendam politik (bukannya ikhlas nak membantu rakyat) dan fikir keuntungan dirik jak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *