Monthly Archives: January 2024

Sik faham konteks

Orang yang pande drive keta manual, gerenti pande drive keta auto.

Tapi orang yang cuma pande drive keta auto, sik pande drive keta manual.

Apahal macam ya?

1. Jawapan pendek: Sidak sik faham konteks
2. Jawapan panjang: Untuk ngembak keta manual, kita mesti kawal clutch dan gear. Sewaktu pertukaran gear, clutch akan pegang output enjin sementara nunggu gear masuk. Kita yang mesti pilih bila waktu nak aktifkan clutch, dan bila nak lepaskan clutch balit. Gear hanya dapat bertukar sewaktu clutch pegang output dari enjin sebab enjin memang sik akan stop bepusin. Dalam keta auto, semua proses tadik dah dipermudahkan dan fix. Sikda gik clutch (enjin auto akan uruskan clutch). Keta auto akan kedirik nambah gear atau nurun gear ikut rule yang dah di set.

Hanya orang yang faham konteks keta manual dapat drive keta auto.

Kita bukan bodo

Okay, memang ada manusia yang bodoh, dari segi biologi dan dari segi ceteknya ilmu.

Mun setakat bodoh disebabkan cetek ilmu, penawarnya ialah tambahkan ilmu.

Ilmu akan memberi kefahaman terhadap sesuatu atau permasalahan. Tapi sik semua ilmu adalah setaraf. Ada ilmu yang sangat zahir dan mudah. 1 + 1 dapat 2.

Tapi ada ilmu yang tersembunyi, seperti tersembunyi di masa lalu atau disebalik perkara yang normal.

Ya lah nama nya konteks

Mun kita sik tauk konteks, kita sik akan faham kebanyakan perkara, sekalipun perkara ya normal.

Konteks bukan Perspektif

Perspektif bermaksud Point of View – sudut pandang sesuatu perkara. Ada orang fikir mun kerajaan cukaikan barang yang dibeli online adalah sesuatu yang bagus sebab boleh bantu penjual tempatan mendapat market share. Tapi perspektif pada sesetengah orang yang lain ialah, mencukaikan barang online hanya akan menggalakkan penjual tempatan ngambik kesempatan naitkan harga.

Sigek ni betul? Boleh jadi duak-duak perspektif ya betul (atau duak-duak salah). Perspektif ada banyak arah – ada yang tepat, ada yang serong. Hanya jauhari yang mengenal manikam.

Konteks cuma wujud dalam satu versi, dan hadir dalam bentuk fakta, budaya, sejarah dan

Generasi baru sik pernah nangga disket (floppy disc). Mun sidak make software dan tekan Save, mesti sidak sik tauk apa simbol disket dan kenak simbol ya dipake. Gini-gini pun perspektif dipake, selagi sidak sik faham konteks barang-barang komputer yang lamak, sidak sik akan faham apa kaitan “save” dan “disket”.

Cara terbaik untuk ajar sesuatu ilmu

Mulakan dengan mengajar masalah dan berik gambaran betapa susahnya kehidupan apabila masalah ya wujud. Tuk kita sebut sebagai konteks.

Lepas ya, baruk kita ajar ilmu solution, teknologi, teknik, penjelasan, evolusi, lifehack dan sebagainya…

Contoh mudah (mok ajar orang guna Canva):
Dolok, mun nak molah design untuk kad atau poster, kita terpaksa pake Photoshop. Semua mesti atur kedirik – font, warna, tema, format, saiz…

Jadi untuk memudahkan dan mempercepatkan kerja, kita boleh guna Canva. Semua dah disedia, font, color, saiz boleh pilih, stok gambar pun banyak yang percuma dan berkualiti…

*kebanyakan orang senang tangkap Canva sebab rata-rata sidak dolok pernah berkecimpung mendesign-design barang, hatta buruk-buruk hasil sekalipun, tapi sidak faham asas dan peritnya mendesign

Carilah konteks

Konteks adalah sangat penting untuk kita memahami sesuatu. Setiap aspek kehidupan kita ada konteks yang tersembunyi, dan camya juaklah kehidupan orang lain, budaya orang lain, negara orang lain, agama orang lain, undang-undang orang lain.

Konteks penting dalam hujah. Tuduhan-tuduhan jahat terhadap Islam dapat ditangkis dengan menggunakan konteks. Ayat-ayat suci al-Quran ada konteks tersendiri kerana setiap ayat turun dengan bersebab.