6 tanggungjawab orang beriman terhadap Rasullullah

Dipetik dari ceramah Ustaz Wan Ahmad Faisal pada 9 Oktober 2023 di Masjid Al-Muhajirin, Kampung Usahajaya Baru, Sibu. Mun ada apa-apa kesilapan pada tulisan kamek tuk, sila maklumkan. Terima kasih.

1. Mengenali Nabi Muhammad SAW

Umat Islam wajib mengenali Baginda Rasulullah, dari sudut keperibadiannya, ciri-ciri fizikal nya

2. Mengetahui Sirah Nabi Muhammad SAW

Kita wajib tauk nama penuh nya, salasilah keturunan nya, bila nya lahir, bila nya meninggal, siapa keluarga nya, siapa sahabat2 nya, siapa musuh2 nya, siapa anak2 dan cucu2 dan segala sejarah nya.

3. Mengikuti Sunnah Nabi Muhammad SAW

Sebagai umat Baginda, kita wajib tauk dan mencontohi sunnah nya. Nabi Muhammad ialah contoh manusia yang terbaik, cemerlang dan paling selamat dalam kehidupan, jadi lifestyle dan akhlak nya adalah wajar diikut.

4. Mengingati Nabi Muhammad SAW

Berselawat adalah salah satu cara untuk mengingati Nabi, bahkan dianjurkan dan ada ganjaran. Kita mesti ingat kepada nya kerana pengorbanan dan kasih sayang nya kepada kita adalah sangat tinggi. Bahkan Nabi sendiri sebenarnya rindu kepada kita walaupun kita dan nya sik pernah bertemu.

5. Mempertahankan Nabi Muhammad SAW

Dari awal hayat Baginda sampe selepas kewafatan nya, ada jak2 orang yang membenci nya dan bertindak untuk menyakitinya dan menghinanya, sedangkan apa yang dibawa Nabi adalah perkara kebaikan, keselamatan dan keadilan. Walaupun Nabi dah sekda, kita tetap wajib melindungi nya dari segala keburukan dan fitnah. Ya adalah salah satu bukti kita sayang dan beriman kepada nya.

6. Memahami ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW

Tuk ialah tanggungjawab yang paling penting dan utama berbanding semua di atas, mun disusun mengikut keutamaan. Tuk ialah tujuan Nabi diutuskan kepada manusia dan seluruh alam. Apa guna mun kita lantang berselawat tapi membelakangkan syariat nya. Apa guna berpakaian seperti nya tapi tinggal solat 5 waktu. Apa guna mun kita hafal nama nya tapi Al-Quran sik dibaca.

Semoga tulisan tuk menjadi iktibar dan pembakar semangat untuk kita menambahkan cinta terhadap Nabi di samping berusaha untuk mempelajari agama yang telah disampaikan oleh Baginda SAW. Terima kasih kepada Ustaz Wan Ahmad Faizal. Mun ada kesilapan dalam post tuk mohon teguran. Kamek sik sempat rakam audio ceramah jadi semua teks tuk ditulis berdasarkan apa yang didengar dan difaham sewaktu ceramah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *