Monthly Archives: October 2023

Mun mok oleh kerja bagus, diam di poskod yang bagus

SELECT * kerja WHERE gaji=”besar”

Lahir di 96000, diam di 96000, keja di 96000.

Lain tempat lain taraf kemajuannya. Tempat yang maju macam bandaraya ada banyak peluang kerja dan kerja yang bagus-bagus.

Jawatan taraf pengurus ngan pengarah memang tauk bertempat di bandar-bandar besar. Opis HQ dak2 kompeni besar biasanya memang di Kuching atau KL.

Gini gini pun, konsep nya tetap macam ya. Ya adalah lumrah dan sifat job market (pasaran kerja).

Mun kita lahir dan diam di poskod2 yang kurang pembangunan, kita perlu faham bahawa sikkan ada atau sik banyak di sia peluang kerja yang digambarkan bagus dan tinggi macam dak2 executive, manager, penolong pengurus besar kanan… Mun mok kerja berkaitan programming, banyak vacancy di 63000 (Cyberjaya) berbanding 77572 (Belaga).

Mun mok peluang kerja yang bagus, diam di tempat poskod2 yang bagus.

Tapi ingatlah, rezeki adalah aturan Yang Maha Pemberi Rezeki. Kita berusaha selagik tekaber.

6 tanggungjawab orang beriman terhadap Rasullullah

Dipetik dari ceramah Ustaz Wan Ahmad Faisal pada 9 Oktober 2023 di Masjid Al-Muhajirin, Kampung Usahajaya Baru, Sibu. Mun ada apa-apa kesilapan pada tulisan kamek tuk, sila maklumkan. Terima kasih.

1. Mengenali Nabi Muhammad SAW

Umat Islam wajib mengenali Baginda Rasulullah, dari sudut keperibadiannya, ciri-ciri fizikal nya

2. Mengetahui Sirah Nabi Muhammad SAW

Kita wajib tauk nama penuh nya, salasilah keturunan nya, bila nya lahir, bila nya meninggal, siapa keluarga nya, siapa sahabat2 nya, siapa musuh2 nya, siapa anak2 dan cucu2 dan segala sejarah nya.

3. Mengikuti Sunnah Nabi Muhammad SAW

Sebagai umat Baginda, kita wajib tauk dan mencontohi sunnah nya. Nabi Muhammad ialah contoh manusia yang terbaik, cemerlang dan paling selamat dalam kehidupan, jadi lifestyle dan akhlak nya adalah wajar diikut.

4. Mengingati Nabi Muhammad SAW

Berselawat adalah salah satu cara untuk mengingati Nabi, bahkan dianjurkan dan ada ganjaran. Kita mesti ingat kepada nya kerana pengorbanan dan kasih sayang nya kepada kita adalah sangat tinggi. Bahkan Nabi sendiri sebenarnya rindu kepada kita walaupun kita dan nya sik pernah bertemu.

5. Mempertahankan Nabi Muhammad SAW

Dari awal hayat Baginda sampe selepas kewafatan nya, ada jak2 orang yang membenci nya dan bertindak untuk menyakitinya dan menghinanya, sedangkan apa yang dibawa Nabi adalah perkara kebaikan, keselamatan dan keadilan. Walaupun Nabi dah sekda, kita tetap wajib melindungi nya dari segala keburukan dan fitnah. Ya adalah salah satu bukti kita sayang dan beriman kepada nya.

6. Memahami ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW

Tuk ialah tanggungjawab yang paling penting dan utama berbanding semua di atas, mun disusun mengikut keutamaan. Tuk ialah tujuan Nabi diutuskan kepada manusia dan seluruh alam. Apa guna mun kita lantang berselawat tapi membelakangkan syariat nya. Apa guna berpakaian seperti nya tapi tinggal solat 5 waktu. Apa guna mun kita hafal nama nya tapi Al-Quran sik dibaca.

Semoga tulisan tuk menjadi iktibar dan pembakar semangat untuk kita menambahkan cinta terhadap Nabi di samping berusaha untuk mempelajari agama yang telah disampaikan oleh Baginda SAW. Terima kasih kepada Ustaz Wan Ahmad Faizal. Mun ada kesilapan dalam post tuk mohon teguran. Kamek sik sempat rakam audio ceramah jadi semua teks tuk ditulis berdasarkan apa yang didengar dan difaham sewaktu ceramah.

Polah banyak-banyak. Gerenti makin bagus.

Diceritakan dalam buku Atomic Habits: sorang Professor jurusan fotografi mok berik assignment ngan student2 nya. Assigment nya ialah ambik gambar.

Nya pecah student nya kepada dua kumpulan, A dan B.

Group A disuruh ambik dan hantar sebanyak-banyak gambar yang boleh (makin banyak, makin besar markah). Group B disuruh hantar sigek jak gambar, tapi mesti sebagus-bagus gambar yang boleh (markah besar mun gambar bagus).

Akhir assignment, profesor ya perasan bahawa kebanyakan gambar yang bagus datang dari group A – group yang disuruh hantar banyak gambar.

Group yang disuruh ambik gambar banyak2 tek molah banyak trial-and-error, ulang banyak kali, sempat bereskperimen teknik2, belajar dari kesilapan dan hasilnya ialah kemahiran sidak dan kualiti kerja semakin meningkat.

Group yang disuruh hantar sigek jak gambar tek mestilah pulun juak untuk ngoleh 1 gambar yang terbaik, tapi mungkin terlalu mikir gilak pasal kesempurnaan, banyak mengkaji teori fotografi yang belum tentu bagus, tapi last-last sekda penambahbaikan pada kemahiran yang diperlukan untuk hasilkan gambar yang terbaik.

Bak kata Chou, “knowing is not enough, we must apply”

Bila ada ilmu dan kemahiran, hatta seciput, cuba polah terus. Polah banyak kali.

Sik kira lah apa pun bidang ya – fotografi, memasak, video editing, membaiki kereta, belajar bahasa asing, berniaga, main game, mengaji Al-Quran… bila dipolah banyak kali, kita gerenti makin pande dan improve.

It works both ways. Amalan negatif mun dipolah banyak kali pun sama juak boleh molah kita “makin menjadi”.

Rujukan
1. Buku Atomic Habits, karangan James Clear, chapter 11, mukasurat 141-142
2. Chou, karekter fiksyen dari game Mobile Legends Bang Bang