Renak rupa gaya! The danger of looking “selekeh” (based on personal experience)

Penampilan adalah perkara yang paling penting dalam dunia biologi dan bisnes, (and even dalam Islam).

Mun kita carik pasangan, kita mesti nangga rupa nya dolok. Mun hodoh dan gemuk, kita automatik reject.

Mun kita mok beli kereta, kita mesti nangga rekaan nya dan kaler nya dolok. Kelajuan and keselamatan dudi kita mikir. Hatta meli keta ekonomi macam Axia pun kita masih memikirkan kaler apa kacak.

Tapi kenak oh?

Penampilan (appearances) adalah aspek luaran dan material. Walaupun bersifat keduniaan, Islam sik mengenepikan nilai dan manfaat penampilan yang baik. Kitak suka rupa paras yang cantik? suka kulit putih? suka baju lawa? suka senyuman manis? suka bau wangi? semua ya diterima dalam Islam dan ada dalam sunnah Nabi.

Penampilan adalah penting, dan berpenampilan yang renak rupa gaya boleh mengundang bahaya dan masalah. Really?

Dari sudut biologi

Dari sudut pandang biologi, rupa yang cantik dan tubuh badan yang slim adalah penanda aras bahawa seseorang ya sihat, tinggi daya tahan imun dan genetik yang bagus.

Sebagai makhluk pembiak, manusia bergantung harap dengan strategi yang boleh merik manfaat besar dalam memastikan genetik nya berterusan. Untuk memastikan genetik nya berterusan, nya perlu milih pasangan yang ada genetik yang bagus (sihat & berkualiti) supaya bila lahir anak kelak, dapat la membesar, sekda penyakit dan kuat.

Dari sudut bisnes

Mun kita beli kereta, kita mok kereta yang cantik. Mun kereta ya tebik sia situk, cemin kabor, mok kah kita beli? Tanpa kita sedar, kecenderungan kita terhadap kebendaan yang cantik ialah disebabkan default setting psikologi biologi kita yang menganggap “rupa bagus kompem barang bagus” (hakikatnya rupa kereta sik menjamin kualiti).

Sebab ya dalam dunia bisnes, faktor paling besar untuk melariskan barang ialah penampilan dan rekaan produk.

The danger of renak rupa gaya

Laksamana penah berambut panjang dan kusut, pake selipar, masuk ke bank. Belum apa-apa dah kenak tegur kasar-kasar ngan abam polis. Maka sik perlu pun kasar tinggi suara. Laksamana fikir, apahal nya perlu kasar.

Mungkin sebab penampilan Laksamana yang mirip troublemaker (selekeh, beselipar, rambut kusut, muka tinted macam PATI), Abam polis jadi terlebih berwaspada.

Cuba mun pegi interview selekeh, possible ka boleh dapat kerja? Selekeh = malas, antisosial, unintelligent.

Penampilan yang baik adalah sunnah, selagi sik membazir, sik berlebihan, sekda ujub riak dalam menjaga tatarias, dan sik melanggar hukum hakam tertentu. Tapi, jangan juak kita memandang rupa semata-mata. Naluri biologi adalah fitrah dan Islam ialah agama fitrah, tetapi ingatlah, Nabi diutuskan untuk menyempurnakan akhlak, kerana Allah sik pandang rupa kita. Rupa pecah adalah ujian, muka hensem/cantik pun ujian juak. Sik ensem sikpa, janji bersih dan kemas. Jangan selekeh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *