5 software yang kitak orang patut cuba (part two)

Tuk sambungan dari post https://www.blog.mohdshahrim.com/2022/07/15/5-software-yang-tokrang-patut-ada-dalam-pc/

Kali tuk, Laksamana senaraikan 5 igek gik. Rata-rata software tuk ialah yang Laksamana baruk jumpa, dan Laksamana rasa nang berguna.

Sebagai nota ringkas:
1. NewPipe
2. VocalRemover
3. FreeFileSync
4. Windows Repair Toolbox
5. ScreenToGif

#1 NewPipe

Tuk ialah App untuk Android. Pake kita bukak Youtube tanpa perlu login. Kedak Vanced juak. Dapat nangga video tanpa ads, dapat play walaupun app ya diminimize, bahkan still play walaupun kita dah lock tepon. Dan yang paling best ialah dapat download video ya sama ada jadi fail mp4 ataupun audio mp3. Tapi app tuk sikda dalam PlayStore, cuma dapat download apk dari Website atau F-Droid.

Laman web rasmi https://newpipe.net

#2 VocalRemover

Website tuk boleh tolong pisahkan vocal dan muzik dari fail audio lagu. Kadang-kadang susah mok carik lagu yang ada versi karouke di Youtube, so cara nya ialah, download video ya sebagai mp3, pasya upload ke website tuk. Selebihnya, website tuk akan proses guna AI untuk keluarkan jadi audio tanpa vocal.

Laman web rasmi: https://vocalremover.org

#3 FreeFileSync

source: https://freefilesync.org

Mungkin sik semua perlu benda tuk, tapi untuk sapa-sapa yang kerja involve banyak dengan fail-fail dalam PC macam gambar, softcopy surat. Ada waktu kita akan perlu copy semua fail kita dari PC ke dalam pendrive/external hdd. Mun sikmok lelah copy sigek-sigek, guna jak software tuk.

Laman web rasmi: https://freefilesync.org

#4 Window Repair Toolbox

Software tuk all-in-one pun konsep. Dikumpulnya sekali software-software yang berguna untuk ngator Windows atau ngecheck apa-apa info. Mengingatkan Laksamana dengan HirenBootCD yang pernah diajar kawan.

Laman web rasmi: https://windows-repair-toolbox.com

#5 ScreenToGif

Software tuk nang best la. Rekod skrin jadi GIF. Kadang-kadang akan ada waktu gambar screenshot ajak sik memadai, dan kita memerlukan gambar bergerak (gif). Sangat senang untuk diguna.

Laman web rasmi: https://www.screentogif.com

Sebagai penutup, ya lah 5 software yang tokrang patut cuba. Mungkin sik semua orang perlu software ya, tapi mun cun dengan flow kerja, boleh lah cuba.

Sebagai nota ringkas:
1. Newpipe
2. VocalRemover
3. FreeFileSync
4. Windows Repair Toolbox
5. ScreenToGif

Bah, mupok lok. Take care!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *