Apa expectation yang seharusnya kita fikir terhadap lepasan U?

1. Laksamana nangga ada sigek post tuk tek dalam HN (HackerNews atau HN tuk kira macam micro social media yang berfokuskan kepada news sharing)

2. Soalan nya “Why do many CS graduates lack foundational knowledge?

3. Maksudnya lebih kurang macam tuk: Apahal graduan bidang komputer lemah dalam ilmu asas sains komputer?

4. Skop yang dimaksudkan ialah graduan-graduan kategori “rendah dan pertengahan” macam DIploma dan Degree. Soalan ya sik berkait dengan orang-orang Master, PhD (ya obviously dah tahap expert)

5. Ada sorang tuk jawab dengan kemas dan molah Laksamana terfikir sejenak

6. Beberapa point ringkas dari jawapan nya tuk ialah:

a) kebanyakan lepasan diploma/degree adalah orang-orang muda (agik nembiak)

b) orang muda sikkan sempat/dapat cover bidang ilmu secara menyeluruh apatah gik secara mendalam

c) pecahan-pecahan bidang sains komputer adalah besar dan sentiasa berkembang

d) even orang yang dah berkecimpung dalam kerja bidang tuk pun belum tentu faham secara mendalam sains komputer

e) kemahiran akan diperoleh sewaktu dah bekerja

7. Laksamana sik sangka yang jawapan ya adalah tersangat tepat dan bermakna. It’s obvious but oblivious too. Selama tuk Laksamana fikir mun masuk kerja ada diploma/degree wajib automatik expert dalam bidang ya.

8. Masyarakat dan komuniti industri perlu faham perkara tuk. Orang lepasan sekolah atau U belum tentu terus menguasai ilmu bidang2 yang dibelajar sidak – baik nya engineering, accounting

9. Graduan mesti berfikiran progresif dan aktif, jangan stop belajar. Berusaha ceburi industri masing-masing kerana di sia lah tempat untuk improve.

10. Akhir sekali, para majikan dan organisasi syarikat perlu memperbetulkan persepsi terhadap “graduan” dan bersifat terbuka untuk menerimak sidak2 yang berkeinginan untuk belajar dan contribute. Masing-masing akan sama beruntung dudi hari kelak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *