Ekonomi berasaskan gula ialah bencana kesihatan

Laksamana baruk pulang raon-raon di Kuching. Tiap shopping mall atau pesta mesti akan ada kedai makanan/minuman nak manis-manis.

Air sirap, cola, milo, boba, sekerem, donut… dak nembiak nang suka benar beramakan macam tuk.

Memetik kata-kata sorang lecturer bidang kesihatan (lupak nama nya)

“You either die young or live long enough to develop diabetes”

Diabetes Type 2 tuk datang dari amalan pemakanan yang sik sihat khususnya tinggi gula. Nama “kencing manis” macam sik bahaya, tapi, dari sia lah berpunca nya buah pinggang rosak, darah tinggi, mati pucuk.

Ada sigek kopi 3-in-1 Laksamana penah minum. Nang sedap macam biasa selalu. Tapi bila kemeh, bebuih-buih air kemeh. Heran. Sedangkan seharian ya sekda minum manis. Makan nasi pun sikit jak. Duhal tek kandungan gula sepeket kopi ya tek melampau (1 paket ada 13.1 gram gula. Per 100 gram ada 65.4 gram gula).

Gula tuk boleh molah ketagih sebenarnya. Sebab ya lah ekonomi berasaskan gula sangat kukuh dan cepat berkembang. Tapi kebanyakan kita sik sedar bahawa gula ialah perosak kesihatan.

Laksamana mok pesan, jaga mena-mena pemakanan dan buah pinggang. Kita kinek dah berada dalam ekonomi berasaskan gula. Mun dapat, seharian sik ngambik gula dan susu manis pun sekhal sebab nasik pun dah memang jadi gula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *