Mengurus kemudaratan mengikut keadaan.

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

Kita selalu dengar ayat ya. Tapi prinsip ya sik dapat dipake pada kesemua keadaan.

Kita boleh mencegah penyakit berjangkit, tapi kita sik dapat mencegah penyakit kanser. Mutasi sel adalah perkara semulajadi dan sik dapat diramal. Ada mutasi yang baik. Ada mutasi yang ‘gagal’ dan menyebabkan sel ya memberontak dan bertambah di luar arahan tubuh. Kita boleh mengandaikan apa faktor yang boleh ngembak kepada kanser seperti bahan-bahan karsinogen, tapi kita sik akan dapat pinpoint nya 100%. There is no one single cause of cancer.

Kanser sik dapat dicegah, atau lebih tepat, sukar untuk dicegah.

Apabila punca sesuatu kemudaratan ya bersifat “susah untuk diramal dan diukur”, jadi antara perkara terbaik yang kita boleh polah ialah “mengurangkan risiko”.

Mengurangkan risiko bermaksud mengurangkan kebarangkalian sesuatu risiko ya untuk terjadi atau aktif.

Bila kita beli online sejenis barang mudah pecah, confirm barang ya akan dibungkus dengan bubble wrap. Ya adalah contoh popular untuk mengurangkan risiko.

Kadang-kadang istilah “mengurangkan risiko” tuk selalu juak disebut sebagai “mengurus risiko” walaupun sebenarnya masih berbeza. Bagi Laksamana, “Risk Management” ialah istilah yang matang dan petanda keberanian mental terhadap risiko atau mudarat.

Ada sigek istilah agik, yang mungkin jarang didengar, iaitu “Loss Management”.

Ada beberapa kemudaratan yang memang sik dapat dibendung abis-abisan. Keselamatan sistem (komputer), walau macamni secure pun, tetap akan dapat digodam. Keadaan macam tuk memerlukan pertimbangan yang wajar: nak ni lebih kurang kemudaratan?

Mun data adalah mustahak dan tinggi kerahsiaan, pengesanan awal pencerobohan mungkin sekda guna dah. Jadi polisi yang terbaik ialah menghadkan kuantiti data yang dapat dicuri. Dicuri tetap dicuri, tapi sik dapat dicuri 100%. Sistem boleh dipolah untuk self-destruct atau masuk ke dalam lockdown mode – bergantung kepada nak ni lebih kurang mudarat.

Loss tetap loss. Tapi pilih lah loss yang lebih sedikit.

Macam ya juak dalam aspek kehidupan yang lain.

Benda dapat dicegah, pilihlah untuk mencegah. Benda sik dapat dicegah tapi dapat dikawal, pilihlah untuk mengawal risiko. Benda yang cegah sik dapat, kawal pun sik dapat, maka pilihlah kemudaratan yang terpaling kurang di antara kemudaratan yang ada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *