Monthly Archives: October 2022

Mengurus kemudaratan mengikut keadaan.

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

Kita selalu dengar ayat ya. Tapi prinsip ya sik dapat dipake pada kesemua keadaan.

Kita boleh mencegah penyakit berjangkit, tapi kita sik dapat mencegah penyakit kanser. Mutasi sel adalah perkara semulajadi dan sik dapat diramal. Ada mutasi yang baik. Ada mutasi yang ‘gagal’ dan menyebabkan sel ya memberontak dan bertambah di luar arahan tubuh. Kita boleh mengandaikan apa faktor yang boleh ngembak kepada kanser seperti bahan-bahan karsinogen, tapi kita sik akan dapat pinpoint nya 100%. There is no one single cause of cancer.

Kanser sik dapat dicegah, atau lebih tepat, sukar untuk dicegah.

Apabila punca sesuatu kemudaratan ya bersifat “susah untuk diramal dan diukur”, jadi antara perkara terbaik yang kita boleh polah ialah “mengurangkan risiko”.

Mengurangkan risiko bermaksud mengurangkan kebarangkalian sesuatu risiko ya untuk terjadi atau aktif.

Bila kita beli online sejenis barang mudah pecah, confirm barang ya akan dibungkus dengan bubble wrap. Ya adalah contoh popular untuk mengurangkan risiko.

Kadang-kadang istilah “mengurangkan risiko” tuk selalu juak disebut sebagai “mengurus risiko” walaupun sebenarnya masih berbeza. Bagi Laksamana, “Risk Management” ialah istilah yang matang dan petanda keberanian mental terhadap risiko atau mudarat.

Ada sigek istilah agik, yang mungkin jarang didengar, iaitu “Loss Management”.

Ada beberapa kemudaratan yang memang sik dapat dibendung abis-abisan. Keselamatan sistem (komputer), walau macamni secure pun, tetap akan dapat digodam. Keadaan macam tuk memerlukan pertimbangan yang wajar: nak ni lebih kurang kemudaratan?

Mun data adalah mustahak dan tinggi kerahsiaan, pengesanan awal pencerobohan mungkin sekda guna dah. Jadi polisi yang terbaik ialah menghadkan kuantiti data yang dapat dicuri. Dicuri tetap dicuri, tapi sik dapat dicuri 100%. Sistem boleh dipolah untuk self-destruct atau masuk ke dalam lockdown mode – bergantung kepada nak ni lebih kurang mudarat.

Loss tetap loss. Tapi pilih lah loss yang lebih sedikit.

Macam ya juak dalam aspek kehidupan yang lain.

Benda dapat dicegah, pilihlah untuk mencegah. Benda sik dapat dicegah tapi dapat dikawal, pilihlah untuk mengawal risiko. Benda yang cegah sik dapat, kawal pun sik dapat, maka pilihlah kemudaratan yang terpaling kurang di antara kemudaratan yang ada.

Focus only on what you can control

Kali tuk Laksamana tulis tajuk dalam bahasa omputih – sak nampak serius.

Mun tulis dalam bahasa Sarawak/Malaysia sik nampak serius kah?

Bukan sik nampak serius, tapi terlalu friendly jadi nya kelak. Bila friendly gilak, kita jadi lemah nak menegur, sebab takut orang kecik hati.

Ya antara sifat orang kita – terlalu takut untuk menegur sesuatu kesalahan sebab takut orang kecik hati.

Laksamana pernah berada dalam satu keadaan yang penuh stress dan penuh kerisauan. Banyak cara difikir untuk menyelesai masalah. Balit rumah dalam keadaan penat. Turun kerja dalam keadaan yang sik bersemangat. Makan jadi sik teratur. Tidur jadi sik menentu. Hobi kesukaan dan membaca buku alu ditinggalkan.

Apa yang sebenarnya terjadi di sia?

Apa yang terjadi di sia ialah salah satu contoh yang akan berlaku pada dirik kita bila kita sik fokus kepada apa yang kita boleh dan mampu kawal. I didn’t focus on what I can control.

Instead, Laksamana terlalu memikirkan ancaman, apa kata orang, masalah-masalah lain, perkara lepas, sangkaan negatif…

Semua ya adalah perkara yang kita sik dapat/boleh/mampu/kawal. Contoh lain ialah:
1. Cuaca
2. Harga barang
3. Bila kita mati
4. Team bola kalah

Cubaan untuk fokus kepada benda yang kita sik dapat kawal hanya membawa kepada kerugian dan pembaziran. Ngerepak terhadap benda yang kita sik dapat kawal hanya akan molah emosi kita makin down atau moha, dan kita nampak bodo di mata orang. Aku pernah nangga orang bisak baju jersi tegal team nya kalah.

Teguran kepada mereka yang ‘hilang’ fokus

Setiap masalah yang kita hadap, sebenarnya adalah blessing in disguise.

Tanpa masalah, hidup kita sekda makna dan otak sik berjalan (comfort zone adalah cancer).

Bagi orang yang beragama Islam, kembali lah kepada Allah dan Sunnah Nabi. Perbanyakkan istighfar dan berdoa. Pergi cari tempat untuk duduk bersendiri, macam dalam masjid atau dalam kereta, dan beristigfar banyak-banyak. Berdoalah. Dan Berdoa sik semestinya dalam bahasa Arab. Allah faham semua bahasa. Ya adalah antara perkara yang kita dapat polah dan di dalam kemampuan. Selebihnya serah kepada Allah.

Bagi non-Muslim, buatlah amalan sesuai dengan agama masing-masing.

Dan sebagai kata-kata umum, udah-udah gik berolah ngepak moha sik tentu igek. Sikit-sikit complain, sikit-sikit complain. Benda ya sekda dapat ngubah apa-apa.

Susah dapat jodoh? Cuba beranikan dirik untuk approach empuan. Business sik menjadi? Replan balit business. Result exam teruk? Mintak nasihat dari Cikgu. Hubungan rumahtangga bergolak? Embak pasangan kelaka face-to-face. Duit mala sik cukup? Berenti merokok dan uninstall shopee. Orang di opis toksik? Doakan nya supaya berubah. Jeraya selalu banjir? Jangan pake jeraya ya. Internet slow? tukar telco. Jiran jaik? Hantar sedekah makanan tiap Jumaat.

Focus on what you can control. Aku bukan pakar tapi ko akan lebih tenang. Ko akan dapat lihat permasalahan dengan lebih jelas (maybe masalah ya dari diri ko? look inward).

“The problem is not the problem. The problem is your attitude about the problem”

Captain Jack Sparrow