Sebenarnya, kita semua T20

Mun dari segi duit, ada antara kita tuk yang B40, ada yang M40, ada yang T20

Tapi mun dari segi rezeki, kita semua adalah T20

Dalam buku Beduk Diketuk Lagi, tulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi, bab 8, mukasurat 58, diringkaskan cerita, seorang lelaki nanyak ngan Tok Imam, “camni mok nambah rezeki?”. Dengan rilek jak Imam ya madah:

“luaskan pengertianmu tentang rezeki”

“Jangan bataskan erti rezeki itu pada wang ringgit. Rezeki itu bukan hanya wang, tetapi banyak lagi. Kesihatan, ilmu, sahabat, masa lapang, idea dan kemampuan untuk melaksanakan ibadah juga rezeki”

Rezeki mun diitong, boleh molah kita terasa kaya. Mun 1 rezeki utama bersamaan dengan RM1 juta, cuba tangga berapa juta dapat dioleh dibah tuk:

REZEKI NILAI
Ada mata dan dapat nangga RM1,000,000
Ada telinga dan dapat mendengar RM1,000,000
Ada mulut + lidah dan dapat kelaka RM1,000,000
Ada hidung dan dapat cium bau RM1,000,000
Ada duak-duak tangan dan dapat dipake RM1,000,000
Ada duak-duak kaki dan dapat bejalan berlari RM1,000,000
Sihat tubuh badan RM1,000,000
JUMLAH RM7,000,000
belum abis gik audit tuk dah RM6 juta dioleh

nampak macam benda remeh… “ada mata lah, ada kaki lah”…. cuba bayangkan mun kita sekda mata, berapa dah rugi sia. Bersyukurlah dan jangan sesekali mengkufuri nikmat. Okay, cuba itong berapa nilai rezeki-rezeki seterusnya.

REZEKINILAI
Ada pelajaranRM1,000,000
Dapat masuk URM1,000,000
Dapat merasa graduateRM1,000,000
Ada pekerjaanRM1,000,000
Kerja ngan company yang bagusRM1,000,000
Senang mintak cutiRM1,000,000
Gaji yang setimpalRM1,000,000
Dapat jaga solat waktu bekerjaRM1,000,000
Tempat kerja dekat dengan rumahRM1,000,000
Tiap tahun dapat berayaRM1,000,000
Rumah dekat dengan Mak BapakRM1,000,000
Mak Bapak masih hidupRM1,000,000
Mak Bapak masih sihatRM1,000,000
Mudah urusan waktu nikahRM1,000,000
Ada biniRM1,000,000
Bini cantik dan solehahRM1,000,000
Ada keretaRM1,000,000
Ada sahabat yang baikRM1,000,000
JUMLAHRM18,000,000
contoh sahaja

Lain orang lain senarai nya, tapi kita semua tetap nerimak rezeki yang melobo-lobo banyak. Sapa rasa rezeki nya kurang dari orang lain, cuba duduk dan fikir, hitung dolok rezeki ya. Jangan rasa down atau iri hati, kerana kita semua adalah T-Twenty.

ingatlah, Allah itu Maha Pemurah dan Maha Pemberi Rezeki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *