Monthly Archives: September 2022

Staff = Darah. Suatu analogi.

Staff bagi sesuatu organisasi ialah ibarat darah untuk tubuh badan. Tanpa darah, tubuh badan sik dapat menjalankan fungsi-fungsi penting.

Antara fungsi darah ialah:
1. Transport – ngembak oksigen, karbon dioksida dan nutrien
2. Regulation – mengawal dan menyeimbangkan suhu badan
3. Protection – peranan dalam sistem imun dan tindakbalas kecederaan

Staff ialah ejen utama kepada pergerakan maklumat dan material dalam opis. Sama macam darah (Transport).

Sik logik mun boss approve cuti staff tanpa memikirkan volume kerja untuk satu-satu masa – maksudnya mustahil kita akan nemu keadaan semua staff pande tetiba cuti semua hari bekerja. Di sia adalah contoh pengawalan. Kerja dalam opis akan ada musim busy. Dalam suatu organisasi yang sihat, akan automatik wujud rasa bertanggungjawab dalam diri staff untuk sama-sama mikul pertambahan kerja. Bila waktu sik busy, semua akan boleh sama-sama relax (Control and Regulation).

Tiap organisasi pasti ada sistem peraturan nya dikpun. Sistem peraturan adalah untuk memastikan integriti dan keselamatan kepada organisasi dan staff. Mun semua ya hanya sekadar di atas kertas kitab manual, tapi para staff dari peringkat management sampe ke akar umbi sik ngidup peranan, maka sistem peraturan ya sik akan dapat dilaksanakan dan organisasi akan tumbang (Protection and Immune System).

Analogi tuk bukan analogi yang sempurna, tapi sekurangnya, dapat berik kita idea dan gambaran dari sudut yang kita jarang lihat. Dengan gambaran macam tuk, kita mampu menganalisis dan meneroka peluang atau mengesan ancaman.

Contoh analisis:

  1. Anemia (penyakit kurang darah) – bila badan kita kurang darah (low blood count), maka badan kita sik memperoleh oksigen yang secukupnya. Camya juak bila suatu organisasi yang mengalami kekurangan staff. Beban akan ditanggung oleh staff lain, atau, organisasi sik dapat menghasilkan output yang dimaok.
  2. Leukemia (kehadiran sel darah kanser) – sel darah leukemia adalah kanser, walaupun sik membentuk tumor macam kanser-kanser lain, tapi kehadiran nya sik memberik manfaat kepada tubuh, bahkan mengatasi kehadiran sel darah lain yang berguna (macam darah merah, darah putih dan platelet). Sel darah Leukemia makan tidur free dan membebankan tubuh. Keadaan macam tuk membebankan organisasi sebab di samping membayar gaji kepada staff-staff yang bekerja, terpaksa juak membayar gaji kepada staff-staff kanser yang sik memberi manfaat kepada organisasi.
  3. Sickle-cell disease – Bila sel darah merah mengalami kecacatan, nya tetap hidup, tapi sik dapat berfungsi dengan efisien. Keadaan macam tuk boleh juak berlaku kepada organisasi bila segelintir staff sik berkemampuan untuk menjalankan proses dengan sebaiknya.
  4. Umur sel darah ialah sekitar 120 hari. Belum sempat riwayat darah ya tamat dengan cara semulajadi atau pendarahan, udah ada sel darah baru yang mengganti nya. Kita boleh anggap tuk sebagai succession plan.

Laksamana anggap analogi sebagai kaedah untuk meneroka perspektif, bukan untuk bercakap kosong, berkias atau mengarut. Semakin luas perspektif, semakin pelbagai idea dapat diperoleh, yang boleh diguna untuk mencari kefahaman terhadap sesuatu masalah, dan akhirnya mencari penyelesaian. Tapi jangan juak terlalu obses dengan analogi sampe semua benda dipandang sebagai analogi – camya pun sik boleh juak.

Sebenarnya, kita semua T20

Mun dari segi duit, ada antara kita tuk yang B40, ada yang M40, ada yang T20

Tapi mun dari segi rezeki, kita semua adalah T20

Dalam buku Beduk Diketuk Lagi, tulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi, bab 8, mukasurat 58, diringkaskan cerita, seorang lelaki nanyak ngan Tok Imam, “camni mok nambah rezeki?”. Dengan rilek jak Imam ya madah:

“luaskan pengertianmu tentang rezeki”

“Jangan bataskan erti rezeki itu pada wang ringgit. Rezeki itu bukan hanya wang, tetapi banyak lagi. Kesihatan, ilmu, sahabat, masa lapang, idea dan kemampuan untuk melaksanakan ibadah juga rezeki”

Rezeki mun diitong, boleh molah kita terasa kaya. Mun 1 rezeki utama bersamaan dengan RM1 juta, cuba tangga berapa juta dapat dioleh dibah tuk:

REZEKI NILAI
Ada mata dan dapat nangga RM1,000,000
Ada telinga dan dapat mendengar RM1,000,000
Ada mulut + lidah dan dapat kelaka RM1,000,000
Ada hidung dan dapat cium bau RM1,000,000
Ada duak-duak tangan dan dapat dipake RM1,000,000
Ada duak-duak kaki dan dapat bejalan berlari RM1,000,000
Sihat tubuh badan RM1,000,000
JUMLAH RM7,000,000
belum abis gik audit tuk dah RM6 juta dioleh

nampak macam benda remeh… “ada mata lah, ada kaki lah”…. cuba bayangkan mun kita sekda mata, berapa dah rugi sia. Bersyukurlah dan jangan sesekali mengkufuri nikmat. Okay, cuba itong berapa nilai rezeki-rezeki seterusnya.

REZEKINILAI
Ada pelajaranRM1,000,000
Dapat masuk URM1,000,000
Dapat merasa graduateRM1,000,000
Ada pekerjaanRM1,000,000
Kerja ngan company yang bagusRM1,000,000
Senang mintak cutiRM1,000,000
Gaji yang setimpalRM1,000,000
Dapat jaga solat waktu bekerjaRM1,000,000
Tempat kerja dekat dengan rumahRM1,000,000
Tiap tahun dapat berayaRM1,000,000
Rumah dekat dengan Mak BapakRM1,000,000
Mak Bapak masih hidupRM1,000,000
Mak Bapak masih sihatRM1,000,000
Mudah urusan waktu nikahRM1,000,000
Ada biniRM1,000,000
Bini cantik dan solehahRM1,000,000
Ada keretaRM1,000,000
Ada sahabat yang baikRM1,000,000
JUMLAHRM18,000,000
contoh sahaja

Lain orang lain senarai nya, tapi kita semua tetap nerimak rezeki yang melobo-lobo banyak. Sapa rasa rezeki nya kurang dari orang lain, cuba duduk dan fikir, hitung dolok rezeki ya. Jangan rasa down atau iri hati, kerana kita semua adalah T-Twenty.

ingatlah, Allah itu Maha Pemurah dan Maha Pemberi Rezeki