Pekerjaan yang mengorbankan diri

Waktu bini Laksamana mendapat berita yang nya berjaya oleh kerja cikgu under kementerian, Laksamana madah ngan nya “Berkorbanlah kitak untuk sekolah dan anak murid kitak kelak, jangan risau ngan kamek”. Laksamana tauk, kerja sebagai cikgu memang memerlukan banyak pengorbanan dan kehidupan sidak lebih banyak di sekolah berbanding di rumah. Sebelum tuk pun nya sebagai cikgu tadika, dan Laksamana tauk nya selalu kelelahan ngurus tadika.

Apa yang dikorban oleh seorang cikgu?
👉 masa
👉 tenaga
👉 wang ringgit
👉 kehidupan peribadi

Korban masa
Mun seorang cikgu ya kerja dari jam 7 pagi sampey 5 petang, ya belum dikira sebagai berkorban masa, tapi seorang cikgu udah start berkerja dari nya bangun pagi sampey nya tidur = nyemak kerja murid, molah report, molah RPH, molah laporan…

Korban tenaga
Mun seorang cikgu ya setakat mengajar dalam kelas tekiak kaong, ya belum dikira sebagai berkorban tenaga. Seorang cikgu berkorban tenaga bila nya ngurus majlis rasmi sekolah, majlis di luar, mun jadi warden, pagi kerja hakiki di kelas, malam ngurus murid di asrama.

Korban wang ringgit
Mun seorang cikgu ya beli buku kerja pake muridnya guna duit nak diberik sekolah, ya belum dikira sebagai berkorban duit, tapi kebanyakan dak cikgu ada yang guna duit kedirik untuk beli uniform murid nak sik berkemampuan, bayar photostate kertas kerja untuk murid, beli barang untuk kelengkapan kelas.

Korban kehidupan peribadi
Mun seorang cikgu berhabis masa di sekolah dan kelas, jadi kurang lah masa nya di rumah, apatah gik masa dengan keluarga dan pasangan. Di sia lah dikira sebagai berkorban kehidupan peribadi. Nang benar, dak cikgu pun dapat cuti panjang bila cuti sekolah, tapi tugasnya sik berhenti di sia.

Kazen Laksamana pun seorang cikgu juak, dan Laksamana bangga ada kazen yang dikurniakan kekuatan untuk berkorban demi anak murid dan bakat, personaliti nya yang molah nya cun dengan career nya. Sidak cikgu-cikgu tuk nang cekal dan tinggi keyakinan dirik. Mun sekda orang yang kuat macam sidak, generasi muda kita hilang arah dan sik akan jadi manusia.

Coretan tuk cumalah dari sudut pandang seorang yang bukan cikgu dan bukan staff kerajaan. Laksamana tauk ada banyak serangan terhadap cikgu khususnya cikgu government.

“gaji besar, apa jak lah pengorbanan ya, sik perlu banyak komplen”.

Setiap orang ada pandangan masing-masing. Laksamana sik berminat untuk menyertai perdebatan. Bagi Laksamana, setiap pengorbanan adalah valid dan berhak untuk diiktiraf, dan bukan dalam kalangan cikgu jak, tapi semua jenis pekerjaan yang memerlukan pengorbanan. Sesiapa yang gagal untuk melihat pengorbanan orang, ya maksudnya nya jenis manusia yang susah nak berterima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *