Monthly Archives: June 2022

Video game, bukan sekadar memori indah

Benda yang best bagi generasi Laksamana – lahir-lahir jak alu nemu “video game”.

Mun nak dicerita, sejarah video game nang dah bermula lamak dah (tahun 1960 pia), tapi bagi era Laksamana, industri video game dah makin bagus, dan senang dioleh di pasaran kita di Malaysia.

Video game yang pertama dalam hidup Laksamana, Mickey Mouse and The Castle of Illusion. Dimain dalam SEGA Genesis.

Selain dari ya, Laksamana ada juak main game tape nak popular macam Super Mario, Contra, Lode Runner, Bomberman, Donkey Kong… ya nang semua orang kenal lah.

Bila era PlayStation bermula, di sia lah mula kenal ngan game-game yang baru. Laksamana sik pernah ada PS1 kedirik, cuma berkongsi main ngan cousin-cousin.

Digimon World 3, paling addictive bagi Laksamana, sampe kinek masih menyengat
Digimon Rumble Arena, pun sama sting-aku-yahoo
bila sebut game PS, jangan lupak Megaman X5

Masuk ke era PC, kazen Laksamana main game Morrowind, The Elder Scrolls 3. Nang besttttt. Even nangga sidak main pun dah syok! Sampe kinek kamek masih ada game ya dalam PC. Sidak pun suka main SIM ngan Age of Empires 3.

sapa situk kenal Skyrim? tuk lah abang Skyrim

Bila dah pande main PC, alu start lah berjinak pegi CC. Laksamana suka main game yang slow-paced. Ada juak beberapa geng Laksamana yang melayan game dalam Facebook mun kitak orang sempat nemu, Ninja Saga dan Mafia Wars.

Serious Sam 2, kawan yang ngajar main tuk

Bila masuk form 4, baruk la mula minat main Dota, tegal nangga orang lain mala jak main Dota. Alu terpengaruh. Hero first Laksamana ialah Enigma.

sampe ke U main benda tuk dolok

Bila masuk Universiti, kawan Laksamana introduce sejenis game emulator. Mula-mula Laksamana rasa pelik jak ngan game yang macam tuk. Time ya belum faham maksud emulator. Di sia lah Laksamana mula kenal dengan suatu dunia video game yang baru. Emulator ialah software yang boleh berlakon sebagai sistem yang tertentu, di dalam sistem tertentu. Maksudnya, kitak boleh bukak GameBoy dalam Windows! Amazing!

Pokemon Ruby, I love it

Bila habis zaman U, Laksamana pun masuk zaman bekerja. Waktu tuk dah sik sama gik dah. Kita main game pun sikpat gik nak sampe ke pagi. Tambah gik bila dah kahwin, ney boleh melayan game lalu gilak, bukan sik boleh main.

Kinek tuk, game dah makin canggih. Laksamana dah sik dapat catch-up gik dah. Game yang paling-paling Laksamana main pun cuma ML jak, guna telepon potato. Pake bersosial dan menghilangkan bosan jak sebenarnya. Laksamana consider dirik tuk sebagai “bukan gamer”, tapi Laksamana tetap suka berkelaka topik game ngan yang sama palak. Cuma game macam game bola (FIFA) ya Laksamana sik minat langsung.

Dengan game lah, kemahiran English Laksamana ada bertambah. Dengan game juak lah, Laksamana bertemu kawan-kawan baru. Alhamdulillah.

Tokrang dolok membesar dengan video game apa? Jangan madah PUBG atau Candy Crush. Mun main game Y8, Laksamana agik boleh terimak hahahah.


Senarai game yang Laksamana suka time kecik dolok:
1. Mickey Mouse and The Castle of Illusion (SEGA)
2. Donald in Maui Mallard (SEGA)
3. Mamono Hunter Yohko (SEGA)
4. Kebanyakan game tape (Super Mario, Contra, Battle City,…)
5. Digimon World 3 (PS1)
6. Digimon Rumble Arena (PS1)
7. Tenchu 2 (PS1)
8. Metal Slug X (PS1)
9. Megaman X5 (PS1)
10. Morrowind the Elder Scrolls 3 (PC)
11. GTA Vice City ngan San Andreas (PC)
12. Serious Sam 2 (PC)
13. Dota 1 (PC)
14. Call of Duty. Modern Warfare 3 (PC)
15. Pokemon Sapphire, Ruby, Emerald (Emulator)
16. Pokemon Conquest (Emulator)