Monthly Archives: May 2022

Camni mok gabung duak PDF jadi sigek PDF?

Cara tuk untuk dalam komputer jak, bukan untuk telepon android/apple

Katakan kitak ada duak fail PDF (macam dalam gambar dibah ya)

Kitak tek nak gabong duak igek PDF ya jadi sigek PDF jak, tanpa mengganggu kualiti. Jadi, apa yang kitak perlu polah ialah 3 langkah tuk:


1. Download tool nama merge2pdf (boleh skip mun dah ada)
– download dari link tuk https://github.com/ajaxray/merge2pdf/releases/download/v1.1.0/merge2pdf_windows-386.exe
– engkah tool merge2pdf ya ke satu folder (dekat Desktop pun boleh)


2. Engkah PDF kitak dalam satu folder dengan merge2pdf tek
– tuk untuk memudahkan kitak nampak proses tuk dari sudut yang lebih jelas
– kamek rename “merge2pdf_windows-386.exe” ke “merge2pdf.exe” untuk merik senang


3. Bukak command prompt, taip command macam dibah
merge2pdf.exe final.pdf depan.pdf belakang.pdf
– mun sik pasti, cuba ikut step yang kamek tunjuk dibah tuk (gif)
– waktu dalam folder ya, tekan Alt + D
– pasya taip “cmd”, Enter
– bila Command Prompt dah keluar, taip terus nak dibah tuk
merge2pdf.exe final.pdf depan.pdf belakang.pdf

4. Selesai
– fail PDF yang baru akan muncul sama dalam folder tokrang molah tuk tek


Cara tuk sik sesuai untuk orang yang sik biasa make command prompt, tapi kamek galakkan kitak orang belajarlah make command prompt.

Terima kasih



Rujukan:
https://github.com/ajaxray/merge2pdf

Laksamana rasa terkilan

Terkilan rasa hati…

Raya Aidilfitri 2022 abis camya jak. Sik berasaa…
Ya baruk kelaka hal Syawal, belum gik kisah Ramadan nak tuk tek, ya pun sama sik berasaa…

Dapat di-itong bah berapa kali jak Laksamana turun taraweh (sik sampe 5 kali). Sedih dan kecewa nangga perangei dirik macam tuk. Doakan supaya Laksamana dan kita semua tingkatkan agik amal dan ketaqwaan. Budaya saling mendoakan kebaikan sesamadirik tuk umpama magnet yang boleh menjemput rahmat Allah Yang Maha Esa.

Di kesempatan tuk, Laksamana nak minta maaf juak ngan semua orang, dan, dengan rendah diri, Laksamana maafkan semua tokrang juak… jangan jerak berkawan ngan kamek. Kamek tuk sik pande marah sik pande kelaie, mun sik cayak tanyak ngan bini kamek, tehee.

Laksamana nulis blog tuk sebab terinspirasi dari blog seorang anak Sarawak, namanya Awang Khairul Adzhar, www.awgkhairul.com

He’s a great guy I tell you.

Akhir kata, tuk kali pertama Laksamana molah blog, kompom banyak cacat cela di situk sia, jadi Laksamana mintak kitak orang tegurlah kamek.

Terima kasih.