Negara-negara maju dan bisnes-bisnes besar ada satu persamaan – sidak adalah creator.
Sidak menguasai penghasilan sesuatu yang baru (innovation) dan menguasai pengeluaran besar-besaran (mass production). Dalam post kali tuk, tuk lah yang Laksamana maksudkan sebagai creator – pihak yang create something. Pihak yang memanfaatkan apa yang di create, adalah consumer.
Orang yang berada di kedudukan creator adalah lebih baik dari orang yang hanya consumer.
Dunia moden kinek tuk boleh dipandang sebagai zaman berlumba untuk create something, innovate something, mass produce something, sebab ya adalah cara untuk menang dan maju. Sikda satu pun negara atau kompeni boleh menjuarai persaingan alaf kinek tuk dengan cara consume paling banyak.
US dan China
Dua negara ekonomi terbesar adalah creator dan mass producer.
Negara macam Malaysia boleh dianggap sebagai negara consumer – yes, memang kita ada gas asli, minyak sawit. getah..
Dunia bergantung harap pada US dan China dalam inovasi, teknologi dan penghasilan barang. Gini gini pun kita berbangga dengan minyak, getah dan sawit, ekonomi kita tetap di bawah simpati dak-dak creator. Teknologi cloud dan revolusi industri 4.0 pun kita berharap kepada sidak dan konco-konco sidak, walau gini gini pun pemimpin tekiak kaong madah mok molah tuk mok molah ya. Ekonomi kita bukan kita yang pegang. Kita cuma tumpang ekonomi orang.
Duduk dan berdiri sebagai creator
Selagi kita berstatus consumer, kita sik akan maju. Skala tuk termasuk ekonomi negara dan bisnes. The only way to actually gain control of the economy is by creating and mass produce.
Kelaka nang senang. Apa yang kita dapat create? Betul ke sik teori camya? Maok ke sik orang pake apa yang kita create?
Pertama sekali, orang kita tuk bukan nya sik pande create apa-apa, bukan sik kreatif. Orang kita ada yang genius. Mun nak start funding, orang kita pun sebenarnya tauk juak camni nak mintak bajet.
KIta ada 2 masalah:
- Orang yang menentang adalah lebih banyak dari orang yang maok
- Kita sikmok bermula dari benda-benda yang kecil-kecilan
Memang kita perlu mula dari bawah. Mun kita nak terus create processor komputer macam Intel, AMD, memang sik dapat. Benda ya dah terlalu kompleks dan besar. Betapa banyak kajian dan percubaan dah dicurah. Jangan kita terus aim mok create benda yang setanding.
Kita perlu mula dari bawah.
Kita perlu mula dari apa yang kita ada, dari apa yang kita dapat.
Begin with what we have in hand.
Pengkritik sentiasa ada
There’s nothing you can do about them. Walaupun kita dah berada di kedudukan creator dan berjaya kelak, tetap akan ada pengkritik dari kiri, kanan, depan dan belakang.
Kata-kata sidak memang tetap sama – jangan bermimpi, jangan sembang, sedar diri ilmu sik cukup…
Tapi kita jangan makan kata-kata sidak.
Mun kita sik dapat bergerak secara satu negara, kita cuba bergerak sendirian secara satu negeri. Mun kita sik dapat bergerak sebagai satu negeri, kita cuba bergerak sendirian sebagai satu kumpulan. Mun dah banyak ya jak tubuh yang kita ada, teruskan bergerak. Semua kompeni besar-besar mula dari kecik – Apple, Google, Amazon, Facebook,…
Sik mustahil untuk kita ada creation dan mass production kita dikpun yang dapat compete dengan creator luar negara – contoh macam operating system, software, animasi, senjata dan sistem pertahanan moden, industri makanan, universiti dan kajian-kajian saintifik, teknologi perubatan,…
Lebih baik bermula dari sik bermula langsung, dan bermula dengan apa yang ada di tangan.